Thursday, 11 June 2009 11:06 Last Updated on Sunday, 12 July 2009 06:13
SITI SYARINA ABDUL KHALID atau lebih dikenali dengan panggilan Wynn, Syarina atau Siti. Graduan UKM dalam pengkhususan Perniagaan Antarabangsa dari Fakulti Pengurusan Perniagaan ini pada awalnya aktif dalam bidang teater. Antara anugerah individu yang berjaya diraih oleh beliau adalah Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Pekan Teater Selangor bagi tahun 2000 dan 2001, Anugerah Pelakon Wanita Harapan Pekan Teater Kebangsaan 2000, dan Anugerah Mahasisiwi Teraktif pada Malam Anugerah Seni UKM 2002. Selain itu, beliau juga telah mengadakan pementasan teater di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Antaranya, Pementasan Teater DiRaja FORCE 136 yang dihadiri oleh SPB Yang Dipertuan Agong dan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pementasan Dekon Si Hitam sempena 3rd ASEAN Youth Cultural Forum di Singapura. Oleh kerana keaktifan beliau di dalam bidang teater, beliau telah ditawarkan jawatan Pegawai Kebudayaan di Pusat Kebudayaan UKM oleh Naib Canselor (ketika itu) iaitu Tan Sri Anuwar Ali. Berbekalkan pengalaman sebagai pelakon teater, Syarina mengorak langkah dengan menyelaras aktiviti pengacaraan di UKM. Beliau mempunyai pengalaman selama 8 tahun sebagai pengacara termasuk di dalam dan luar negara. Selain menjadi pengacara bagi aktiviti-aktiviti kesenian di kampus UKM, beliau juga telah dilantik menjadi pengacara Majlis Konvokesyen UKM sejak tahun 2004 hingga kini. Perkhidmatan pengacaraan beliau tidak terbatas kepada acara-acara formal sahaja. Beliau juga berkemampuan dalam mengendalikan acara-acara semi-formal seperti majlis perkahwinan dan majlis makan malam. Tidak hanya bersandarkan kepada bakat lakonan dan pengacaraan, beliau juga mahir dalam bidang pengurusan majlis (event management) serta penulisan skrip pengacara yang bersesuaian dengan majlis dan kehendak pelanggan. Bagi Syarina, tidak ada yang mustahil dicapai; ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’. Kini, beliau melebarkan sayap dengan menyediakan khidmat pengurusan acara dan pengacaraan majlis kepada masyarakat luar. Beliau mengamalkan prinsip yakin boleh dan sentiasa memberikan khidmat yang berkualiti melebihi jangkauan.
Syarina Khalid
Date of Birth | : | 21st July 1980 |
Gender | : | Female |
Marital Status | : | Happily Married |
Race | : | Malay |
Religion | : | Muslim |
Hometown | : | Cheras |
Interests | : | Travelling |
Favorite Music | : | Clasiccal |
Favorite Books | : | The Shopaholic Series |
About Me | : | Quality service beyond your expectation. |
Experience :
MAJLIS FORMAL
- Majlis Konvokesyen UKM 2003 hingga 2009
- Konsert Klasik DiRaja UKM 2004
- Konsert DiRaja UKM 2005, 2009
- International Technical Seminar 2009
- Commonwealth Consortium for Education Dinner 2009
- Malam Mesra UKM-Media 2009
- Festival Lagu-lagu Keroncong MAKUM 2007
- Festival Puisi Nusantara 2005
- Journey of Cultural Exploration, Thaksin, Songkhla University 2005
- Festival Teater Melayu ASEAN 2003
- ASEAN University Theatre Festival 2002
MAJLIS SEMI-FORMAL
- Majlis Makan Malam The Malaysian Cohort 2009
- Malam Anugerah Seni UKM 2003 hingga 2008
- Majlis Makan Malam Timbalan-timbalan Naib Canselor HEP dan Timbalan Rektor IPTA 2006 dan 2007.
- Majlis Makan Malam Lembaga Akreditasi Negara (MQA) 2007
- Majlis Resepsi Perkahwinan Rozanna (anak kepada Timbalan Naib Canselor UKM; Y.Bhg. Prof. Datuk Mohd Noor Embi) dan Mazli di Hotel Istana.
- Majlis Resepsi Perkahwinan Isadora Elena & Azlan Syah di Hotel Equatorial.
- Majlis Resepsi Perkahwinan Noor Shahida (anak kepada Timbalan Naib Canselor UKM; Y.Bhg Prof. Datuk Dr. Sukiman Sarmani) & Ghazali di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM.
- Majlis Resepsi Perkahwinan Nurul Ain (anak kepada Timbalan Naib Canselor UKM; Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Mohd Wahid Samsudin) & Fahrurrazi di Kompleks Bestari, UKM.



